Tuesday 27 November 2012

Pameran & Promosi

Sekitar MAHA 2012

Booth 077 Laman Tiba 2

Sekitar Hari set up...


Staff yang terlibat di MAHA 2012

Sesi membuat susun atur barangan untuk jualan

Serba Sedikit Informasi Tentang Pameran MAHA

Pameran antarabangsa yang dianjurkan bagi memberi peluang kepada usahawan untuk memperkenal dan memasarkan produk yang dikeluarkan serta mencari pengedar baru bagi mengembangkan pasaran. Ia dilihat sebagai satu platform yang sangat baik dalam usaha memperkenalkan produk yang dikeluarkan oleh syarikat terus kepada pengguna..

Didalam pameran ini syarikat telah mengeluarkan produk terbaru yang dihasilkan dari cili seperti cili boh,cili jeruk dan sos cili.. Alhamdulillah sambutan terhadap produk sulung syarikat berasaskan cili mendapat sambutan hangat dari pengunjung.

Selain itu juga pihak syarikat juga membawa sebahagian pokok-pokok cili yang terdapat diladang untuk dipamerkan kepada pengunjung juga tanaman halia organik yang berada didalam R&D syarikat..



Pokok Halia Organik yang ditanam dan ditunjukkan kepada umum. Muatan ini bersamaan 3 kali saiz polibeg putih yang biasa digunakan untuk penanaman cili.

Pokok Cili dari Ladang yang menjadi perhatian Pengunjung

Didalam Pameran ini kami bukan hanya mempamerkan tanaman tetapi sistem pengairan dan perpaipan untuk didedahkan kepada umum

Datanglah beramai-ramai dan kunjungi gerai kami disana......... 
Pameran ini berlangsung sehingga 2 DEC 2012 dan temui saya disana pada sebelah petang mulai Jumaat ini....


Salam Manis..
Pn Marina Nasir



 
 

No comments:

Post a Comment