Wednesday 28 November 2012

Info

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Blog ini direka khas dan diwujudkan bagi membolehkan peserta diluar sana mendapat informasi yang jelas dan tepat...
Sesungguhnya saya mengambil masa dua minggu semata-mata untuk mempelajari teknik asas untuk membuat blog bagi menyalurkan maklumat kepada peserta diluar sana....
Diharapkan kita sama-sam menggunakan laluan ini sebagai jalan terbaik untuk berkomunikasi memandangkan beberapa isu berbangkit yang berada diluar kawalan saya...

Terima Kasih

Pn Marina Nasir

Tuesday 27 November 2012

Pn Marina in da House

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia...
Blog ini diwujudkan semata-mata untuk memberi informasi terkini kepada peserta yang tidak dapat menghubungi saya disebabkan rangkaian talian yang sibuk..Saya telah mengambil masa hampir 2 minggu untuk mempelajari teknik membuat blog semata-mata untuk menyalurkan maklumat yang tepat kepada para peserta..
Syukur alhamdulillah walaupun ia tidak berapa sempurna sekurang-kurangnya blog ini menjadi penyambung kepada saluran informasi kepada anda diluar sana..
Berbagai-bagai spekulasi yang timbul sejak akhir-akhir ini dan disaat kami sedang memulihkan keadaan agar ia kembali seperti sediakala...
Saya amat menghargai sokongan anda selama ini dan mengharapkan sokongan anda berterusan...
Atas rasa tanggungjawab atas amanah yang dipikul blog ini diharapkan dapat memperjelaskan keadaan yang berlaku kepada kami sepanjang beberapa bulan kebelakangan ini..
Percayalah...tiada terniat untuk menipu atau mengelak atau menganiaya anda diluar sana...
Diam bukan bermaksud salah atau takut tapi diam untuk menjernihkan keadaan yang berlaku..
Satu perjumpaan akan diadakan bagi memperjelas keadaan dan penstukturan semula jadual dan baki tunggakan...
Oleh itu diharapkan salam pengenalan ini membolehkan anda berhubung secara terus kepada saya.. insyaallah saya cuba sebik mungkin...
Yang baik datang dari allah..yang buruk itu adalah kelemahan diri saya....
Wassalam..semoga kita bertemu lagi dalam ruang diskusi nanti....

Pn Marina 

Lawatan & Kunjungan

Pameran & Promosi

Sekitar MAHA 2012

Booth 077 Laman Tiba 2

Sekitar Hari set up...


Staff yang terlibat di MAHA 2012

Sesi membuat susun atur barangan untuk jualan

Serba Sedikit Informasi Tentang Pameran MAHA

Pameran antarabangsa yang dianjurkan bagi memberi peluang kepada usahawan untuk memperkenal dan memasarkan produk yang dikeluarkan serta mencari pengedar baru bagi mengembangkan pasaran. Ia dilihat sebagai satu platform yang sangat baik dalam usaha memperkenalkan produk yang dikeluarkan oleh syarikat terus kepada pengguna..

Didalam pameran ini syarikat telah mengeluarkan produk terbaru yang dihasilkan dari cili seperti cili boh,cili jeruk dan sos cili.. Alhamdulillah sambutan terhadap produk sulung syarikat berasaskan cili mendapat sambutan hangat dari pengunjung.

Selain itu juga pihak syarikat juga membawa sebahagian pokok-pokok cili yang terdapat diladang untuk dipamerkan kepada pengunjung juga tanaman halia organik yang berada didalam R&D syarikat..



Pokok Halia Organik yang ditanam dan ditunjukkan kepada umum. Muatan ini bersamaan 3 kali saiz polibeg putih yang biasa digunakan untuk penanaman cili.

Pokok Cili dari Ladang yang menjadi perhatian Pengunjung

Didalam Pameran ini kami bukan hanya mempamerkan tanaman tetapi sistem pengairan dan perpaipan untuk didedahkan kepada umum

Datanglah beramai-ramai dan kunjungi gerai kami disana......... 
Pameran ini berlangsung sehingga 2 DEC 2012 dan temui saya disana pada sebelah petang mulai Jumaat ini....


Salam Manis..
Pn Marina Nasir